Sabtu, 29 Julai 2017

TENTANG MINAT SAYA



Assalamualaikum w.b.t..... 


BUTIR- BUTIR PERIBADI

NAMA : AINI ABDUL RAHMAN
UMUR  : 32 TAHUN
NO MATRIK : 249769
 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (MELAKA)
IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN AWAM DENGAN KEPUJIAN [BPM(Hons)]






Buat pertama kalinya saya menulis bagi sebuah blog yang menjurus terhadap minat saya iaitu memasak.Saya adalah seorang pelajar program pendidikan jarak jauh (PJJ) UUM semester Oktober 2016/2017. Blog ini dibuat adalah tugasan kerja dari salah satu pelajaran yang sedang saya pelajari iaitu Aplikasi Komputer dalam Pengurusan (STID1103).


Resepi-resepi yang akan saya kongsi buat pertama kalinya diblog ini diterbitkan dengan resepi yang ringkas terlebih dahulu. InsyAllah saya akan perbaiki penulisan di dalam  blog ini dan terus berkongsi resepi dengan semua.
Selamat mencuba...


RESEPI LAKSA JOHOR

Laksa Johor adalah laksa yang paling ita suka. Biasalah kan kalau orang Johor mestilah suka laksa Johor. Tahukah anda bahawa laksa Johor boleh di kategorikan sebagai Laksa yang paling mahal dan paling rumit untuk di sediakan berbanding laksa-laksa yang lain.  Oleh kerana itu ianya hanya di hidangkan pada hari-hari yang istimewa seperti Hari Raya dan di hidangkan juga pada majlis-majlis tertentu. Laksa Johor jarang kita peroleh di jual di kedai-kedai atau di warong - warong apatah lagi di jual di gerai tepi jalan.

Laksa Johor amat unik kerana menggunakan spaghetti sebagai bahan laksanya dan di makan bersama kuah yang penuh dengan rempah ratus. Kelazatan dan keistimewaan Laksa Johor adalah pada keseimbangan campuran bahan yang di gunakan untuk menghasilkan kuahnya yang menepati citarasa semua bangsa dan lapisan masyarakat di Malaysia dan antarabangsa.

Lazimnya kuah laksa Johor agak pekat, ia berasaskan isi ikan yang di masak bersama rempah ratus terpilih. Menggunakan santan pekat yang bermutu, kerisik kelapa dan juga ramuan-ramuan dan herba terpilih. Resepi asal laksa Johor menggunakan ikan parang. Ikan yang cukup mahal harganya ini di pilih kerana di katakan mempunyai isi yang halus dan cukup enak sekali, ia juga bagi menjaga kualiti keenakan kuah laksa Johor.

Proses memasak kuah laksa Johor mestilah menggunakan api yang kecil dan tempoh memasaknya agak lama. Ini adalah bertujuan supaya kuah ini tahan lama memandangkan ia menggunakan santan dan ia juga supaya semua bahan menyerap rempah ratus dan aromanya.

Selain ia di hidangkan bersama Spaghetti, ia juga turut di sertakan bersama, sambal belacan, ulam-ulaman seperti daun kesum, daun selasih, bunga kantan, kacang panjang, taugeh, timun yang di hiris halus, bawang mentah dan lobak asin.
Laksa Johor merupakan hidangan yang cukup rumit di sediakan, namun hasilnya cukup enak dan lazat tak terkata. Oleh kerana kerumitan itulah Laksa Johor hanya di sajikan pada hari-hari tertentu sahaja dan harganya juga jauh lebih mahal berbanding dengan laksa-laksa lain yang terdapat di Malaysia.

Hari ini ita akan kongsikan resepi Laksa Johor yang merupakan makanan tradisi rakyat Johor dan lambang masyarakat Johor yang cukup teliti dalam penyediaan makanan.



Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang 
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin

Cara cara:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.

Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan  kepekatan yang disukai.


Spaghetti:
Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga  hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.

Ulam ulam:
Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh. 

Sambal belacan:
Cili kering - rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara menghidang;
Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.



RESEPI ASAM PEDAS TENGGIRI JOHOR


Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri dah semestinya salah satu lauk kegemaran ramai.Asalkan terdengar namanya asam pedas pastinya terasa ditekak sebab ...  Asam pedas ni menggunakan ikan tenggiri tetapi anda boleh gantikan dengan ikan pari atau ikan kembung. Inilah resepi yang sangat memenuhi citarasa saya sendiri anak kelahiran Negeri Johor... kepedasan dan kepekatan kuahnya yang cukup rasa memang sedap! Cuba ye :)
Bahan-Bahan:
2-3 keping potongan ikan tenggiri
5 ulas bawang merah – ditumbuk
1 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci kunyit hidup – ditumbuk
1 batang serai – dititik
Sedikit belacan
4 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan air biasa
8-10 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan – dibelah dua
4 biji bendi
1 biji tomato – dihiris
Garam dan gula
Cara -caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan belacan sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis seketika (anggaran 5 minit).
2. Masukkan air biasa dan air asam jawa. Kacau sekata dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, bendi dan tomato. (untuk bendi dan tomato, boleh masukkan kemudian)
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan siap untuk dihidangkan.

RESEPI BELANGKAS GORENG BERCILI

Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.
Belangkas adalah dari keluarga Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

Tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.

Masyarakat Melayu dulu-dulu banyak menyediakan masakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada pemakanya dengan merasa mabuk dan hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang atau membakar sahaja. 

Jadi kepada penggemar rasa belangkas boleh mencuba resepi ini...


Belangkas


Bahan-bahan:

1 ekor belangkas – dipotong di bersihkan dan di rebus
2 biji telur ayam
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh gula
2 tangkai daun bawang  - untuk hiasan
1/2 biji bawang besar  - di cincang
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
10 sudu cili kering kisar
1/2 sudu teh serbuk kari
sedikit minyak masak
sedikit garam

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan cincang hingga naik bau
2. Masukkan cili kisar,serbuk kari,kicap cair dan bahan perasa
3. Tumis hingga terbit minyak,dan masukkan belangkas serta telur yang telah dipukul
4. Biarkan beberapa minit sehingga masak
5 .angkat dan hidangkan




RESEPI PUDING RAJA/ ROYAL PUDING PAHANG

Puding ini terkenal di negeri Pahang terutamanya di daerah Pekan kerana asal-usul Puding Raja adalah hidangan pencuci mulut di dalam istana sahaja.
Keistimewaan Puding Raja ini adalah cara hidangannya yang sama sekali berbeza dengan puding-puding lain yang kebanyakkannya bahan campuran telah sebati sebagai satu hidangan. Puding Raja pula dihidangkan dengan bahan-bahan yang berbeza di dalam satu bekas (analoginya adalah seperti rojak) iaitu secara berlapisan dalam satu bekas, dimulakan dengan pisang lemak manis/emas yang digoreng, kemudian jala/urat emas, ditaburkan sedikit buah prun, buah ceri, biji gajus dan akhirnya dicurahkan kuah kastard. Tumpuan bahan dalam puding ini adalah pisang, ia hanya menggunakan pisang jenis lemak manis atau emas sahaja. Jika menggunakan jenis pisang lain, pasti akan berlainan rasanya.

Bagi anda yang belum pernah menikmati puding ini, maka saya sarankan agar anda mencubanya untuk pertama kali dan rasanya pasti tidak mengecewakan.



Malam sebelum saya membuat puding ini, saya awalkan memasak jala/urat emas dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan dengan bahan-bahan yang lain. Saya rujuk resepi jala/urat emas di dalam laman web yang sama untuk resepi Puding Raja dan saya olahkan sedikit kuantiti bahan-bahan yang digunakan. Saya menggunakan corong daun pisang untuk menghasilkan uraian halus jala emas itu, tetapi hasilnya adalah uraian yang pendek-pendek dan tidak berjala panjang. Seterusnya, saya menyediakan kuah kastard terlebih dahulu kerana hidangan puding ini enak di makan ketika kuahnya dalam keadaan yang sejuk. Penyediaan kuah kastard tidak serumit jala emas, tetapi ia hendaklah sentiasa dikacau di atas api yang kecil. Jika tidak kauh kastard anda akan menjadi berketul-ketul. Setelah siap masak, sejukkan kuah itu sehingga suhu bilik dan masukkan ia ke dalam peti sejuk bahagian refrigerator selama beberapa jam sebelum dihidangkan.


Bahan-bahan:

    4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit {saya guna 3 sikat sahaja}
    1 cawan biji gajus – digoreng
    2-3 genggam urat emas/jala emas {resepi boleh dilihat di bawah}
    200g buah prun – dipotong empat
    Buah ceri merah/hijau
    2 sudu besar minyak sapi {untuk mengelakkan pisang daripada melekat}
    Minyak untuk menggoreng


Untuk Kuah Puding
    1 tin (410 g) susu cair/sejat {saya guna 2 tin susu cair Ideal}
    3 biji telur – diambil kuning sahaja {saya guna 5 biji telur kuning Gred B}
    Daun pandan – disimpul
    Air sebanyak ½ tin susu {Air saya gandakan sebanyak 1 tin susu}
    1-2 cawan gula (ikut rasa)
    Esen vanila
    {Saya menambah 1/4 cawan tepung kastard}

Cara memasak
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
  2. Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak    yang berlebihan.
  3. Goreng biji gajus. {Saya goreng biji gajus dalam minyak yang sama goreng pisang tadi}

Kuah Puding
  1. Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
  2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang
  1. Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
  2. Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
  3. Angkat dan tuskan.
  4. Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
  5. Hidangkan.

    Nota :

    Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas




CREAM PUFF WITH FRESH CHOUX PASTRY

Resepi kuih yang menjadi feveret keluarga diraja ini dikongsi oleh Raja Badariah Redzwa yang terkenal sebagai pembuat pastri diraja. Apa yang menarik hati saya ialah ketelitian beliau dalam menyediakan kuih pastri bersaiz mini sebagai hidangan diraja. Banyak resepi diperolehi dari kelas kelas masakan yang beliau pelajari di Hong Kong. Boleh tak membayangkan keenakan memakan seketul kuih yang bersaiz mini kerana saya sendiri tidak suka makan kuih yang berderai sewaktu digigit. Alangkah seronoknya jika ianya terus disuap dan dikunyah dengan perlahan lahan untuk menikmati keenakannya.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sangat mudah menyediakannya dan lebih menjimatkan jika dapat menyediakannya sendiri....

Choux Pastri:
1/2 cawan (65 grams) tepung serba guna
1/2 sudu kecil gula halus
1/4 sudu kecil garam
1/4 cawan (4 sudu besar/57 grams) unsalted butter - potong dadu
1/2 cawan (120 ml) air
2 biji telur gred A - pukul sedikit

Glaze:
1 biji telur gred A - pukul sedikit

Hiasan:
Gula ising

Choux Pastry:
Panaskan oven pada suhu 200C. Lapik loyang dengan baking paper atau menggunakan loyang yang di spray sedikit minyak.

Di dalam mangkuk, ayak bersama tepung, gula dan garam. Ketepikan.

Masukkan butter dan air ke dalam heavy saucepan di atas api sederhana sehingga mendidih. Pastikan butter telah cair sebelum air mendidih. Angkat saucepan dari dapur dan dengan menggunakan spatula kayu, tuang adunan tepung sekali gus dan kacau sehingga sebati.

Letakkan semula di atas api dan terus dikacau dalam 1-2 minit atau sehingga ia menjadi adunan yang tidak melekat di periuk. Tujuannya juga supaya air tadi menjadi sedikit kering dari adunan.

Masukkan adunan ke dalam mixer dan diputar dengan kelajuan perlahan dalam 1 minit. Bila doh telah suam kuku, tuangkan telur sedikit demi sedikit sambil terus dikacau sehingga menjadi adunan doh. Doh akan jatuh bila dituang menggunakan sudu membentuk tanduk. Tak perlu habiskan jika doh telah sesuai kelembutannya.

Menggunakan 2 sudu, sudukan atau paipkan menjadi 12 biji doh atas baking paper dengan jarak 2 inci setiap satu. Dengan menggunakan berus pastri, lumur permukaan atas doh dengan telur yang telah dipukul untuk menghasilkan warna keemasan yang cantik. Namun pastikan telur tidak meleleh jatuh ke atas loyang bagi mengelakkan bawah pastri menjadi hangus semasa dibakar.

Bakar selama 15 minit pada suhu 200C bertujuan untuk pastri naik dengan cepat. Pastikan semasa 15 minit pertama, jangan dibuka pintu oven. Kemudian suhu dikurangkan ke 180C dan  bakar lagi selama 30-35 minit atau sehingga berwarna keemasan. Boleh ambik sebiji dan dibelah untuk melihat jika ianya telah benar benar kering bagi mengelakkan ianya menjadi kempis ketika sejuk. Tutup oven dan keluarkan loyang.

Cucuk cucuk di bahagian tepi dengan pisau dan jika masih ada yang belum kering, masukkan semula ke dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka. Biarkan pastri benar benar sejuk dan kering di dalam oven. Jika ada bahagian yang masih lembab, boleh dicubit keluar.

Setelah pastri sejuk, pastri dibelah dua dan diisi dengan inti krim putar samada menggunakan sudu atau dipaip dengan piping bag. Untuk mendapat pastri yang rangup, isikan krim putar sebelum dihidangkan.

Pastri bahagian atas diayak dengan sedikit gula ising sebagai hiasan dan letak di atas krim putar. Jika suka pastri yang sedikit lembut, boleh sediakan beberapa jam sebelum dihidangkan, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk.

Nota:
Jika ada lebihan, balut cream puff dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk. Atau masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam freezer sehingga 1 bulan. Sebelum dihidang, defrost dengan dipanaskan dalam oven 180C selama 5-7 minit sebelum dimasukkan cream. Jika telah diletakkan cream, cream puff hendaklah disimpan di dalam peti sejuk selama 2-3 hari. Lebih sedap dimakan pada hari di mana cream diletakkan.



Krim Putar

Bahan bahan:
1 cawan (240 ml) heavy whipping cream atau double cream
1/2 sudu kecil pure vanilla extract
1 1/2 sudu besar gula halus atau secukup rasa

Cara caranya:
Di dalam mangkuk, masukkan whipping cream, vanilla extract dan gula. Kacau sebati. Tutup dengan plastik dan sejukkan mangkuk serta whisk di dalam peti sejuk selama 15 minit. Setelah sejuk, putar sehingga ianya kembang dan kental bertanduk.

Dengan menggunakan piping bag, pipe menggunakan corak yang disukai ke dalam pastri cream puff yang telah dibelah dua. Masukkan ke dalam cawan kertas dan akhir sekali ayak gula ising sebagai hiasan.
Taraaa..... siap....selamat mencuba.



RESEPI AYAM UNGKEP JAWA- JOHOR

Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam - potong ikut suka
1 sudu makan asam jawa + 2 cawan air (anggaran)
1/2 inci halia - hiris
Garam

Bahan Kisar Halus:
25 biji cili api
2 inci kunyit segar
2 inci halia
2 batang serai - hiris nipis
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

Cara-Caranya:

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali/periuk, tumis halia hiris hingga kekuningan dan garing,
Masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, gaul rata dan masak dalam 3 minit.
Masukkan air asam jawa hingga paras ayam sahaja. Biarkan mendidih.
Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Biarkan ayam masak sambil dikacau sesekali hingga kuah pekat dan nampak berminyak.
Tutup api dan hidangkan.




TENTANG MINAT SAYA

Assalamualaikum w.b.t.....  BUTIR- BUTIR PERIBADI NAMA : AINI ABDUL RAHMAN UMUR  : 32 TAHUN NO MATRIK : 249769  UNIVE...