Sabtu, 29 Julai 2017

RESEPI SAMBAL AYAM CILI API


Masak apa harini untuk keluarga? Yang simple-simple pun tak apa janji sedap dan lebih penting jimat sebenarnya masak di rumah. Tak se mestinya masak kat rumah kita langsung tidak menikmati hidangan di luar, ya tak? Sibuk sekalipun kalau dah berkeluarga , apa lagi kalau ada anak-anak air tangan kita tetap dinanti-nantikan walaupun sekadar telur goreng mata. Macam kita suka masakan ibu kita dikampung.. macam tulah perasaan anak-anak kita..
Antara resepi ringkas yang selalu saya masak adalah sambal ayam. Saya sukakan masakkan yang pedas-pedas jadi saya gunakan cili hidup+ cili api kalau nak gunakan cili kering pun boleh ikut pada selera masing-masing.



Sambal ayam cili api:

6 ketul ayam goreng dulu
1/2 biji bawang besar-cincang/dadu kecil
2 ulas bawang putih-cincang
7 cili merah n cili api-kisar kasar or halus
1 biji tomato-cincang
1 sudu makan gula
Garam sckupnya

Cara-caranya :


Panaskan minyak, tumis semua bahan cincang n kisar hingga nasik bau. Masukkan garam n gula,gaul rata. Masukkan ayam, gaul rata, angkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TENTANG MINAT SAYA

Assalamualaikum w.b.t.....  BUTIR- BUTIR PERIBADI NAMA : AINI ABDUL RAHMAN UMUR  : 32 TAHUN NO MATRIK : 249769  UNIVE...