Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.
Belangkas adalah dari keluarga Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.
Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
Tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.
Masyarakat Melayu dulu-dulu banyak menyediakan masakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada pemakanya dengan merasa mabuk dan hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang atau membakar sahaja.
Jadi kepada penggemar rasa belangkas boleh mencuba resepi ini...
Belangkas
Bahan-bahan:
2 biji telur ayam
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh gula
2 tangkai daun bawang - untuk hiasan
1/2 biji bawang besar - di cincang
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
10 sudu cili kering kisar
1/2 sudu teh serbuk kari
sedikit minyak masak
sedikit garam
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan cincang hingga naik bau
2. Masukkan cili kisar,serbuk kari,kicap cair dan bahan perasa
3. Tumis hingga terbit minyak,dan masukkan belangkas serta telur yang telah dipukul
4. Biarkan beberapa minit sehingga masak
5 .angkat dan hidangkan
2. Masukkan cili kisar,serbuk kari,kicap cair dan bahan perasa
3. Tumis hingga terbit minyak,dan masukkan belangkas serta telur yang telah dipukul
4. Biarkan beberapa minit sehingga masak
5 .angkat dan hidangkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan