Resepi kuih yang menjadi feveret keluarga diraja ini
dikongsi oleh Raja Badariah Redzwa yang terkenal sebagai pembuat pastri diraja.
Apa yang menarik hati saya ialah ketelitian beliau dalam menyediakan kuih
pastri bersaiz mini sebagai hidangan diraja. Banyak resepi diperolehi dari
kelas kelas masakan yang beliau pelajari di Hong Kong. Boleh tak membayangkan
keenakan memakan seketul kuih yang bersaiz mini kerana saya sendiri tidak suka
makan kuih yang berderai sewaktu digigit. Alangkah seronoknya jika ianya terus
disuap dan dikunyah dengan perlahan lahan untuk menikmati keenakannya.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sangat mudah
menyediakannya dan lebih menjimatkan jika dapat menyediakannya sendiri....
Choux Pastri:
1/2 cawan (65 grams) tepung serba guna
1/2 sudu kecil gula halus
1/4 sudu kecil garam
1/4 cawan (4 sudu besar/57 grams) unsalted butter - potong dadu
1/2 cawan (120 ml) air
2 biji telur gred A - pukul sedikit
Glaze:
1 biji telur gred A - pukul sedikit
Hiasan:
Gula ising
Choux Pastry:
Panaskan oven pada suhu 200C. Lapik loyang dengan baking paper atau menggunakan loyang yang di spray sedikit minyak.
Di dalam mangkuk, ayak bersama tepung, gula dan garam. Ketepikan.
Masukkan butter dan air ke dalam heavy saucepan di atas api sederhana sehingga mendidih. Pastikan butter telah cair sebelum air mendidih. Angkat saucepan dari dapur dan dengan menggunakan spatula kayu, tuang adunan tepung sekali gus dan kacau sehingga sebati.
Letakkan semula di atas api dan terus dikacau dalam 1-2 minit atau sehingga ia menjadi adunan yang tidak melekat di periuk. Tujuannya juga supaya air tadi menjadi sedikit kering dari adunan.
Masukkan adunan ke dalam mixer dan diputar dengan kelajuan perlahan dalam 1 minit. Bila doh telah suam kuku, tuangkan telur sedikit demi sedikit sambil terus dikacau sehingga menjadi adunan doh. Doh akan jatuh bila dituang menggunakan sudu membentuk tanduk. Tak perlu habiskan jika doh telah sesuai kelembutannya.
Menggunakan 2 sudu, sudukan atau paipkan menjadi 12 biji doh atas baking paper dengan jarak 2 inci setiap satu. Dengan menggunakan berus pastri, lumur permukaan atas doh dengan telur yang telah dipukul untuk menghasilkan warna keemasan yang cantik. Namun pastikan telur tidak meleleh jatuh ke atas loyang bagi mengelakkan bawah pastri menjadi hangus semasa dibakar.
Bakar selama 15 minit pada suhu 200C bertujuan untuk pastri naik dengan cepat. Pastikan semasa 15 minit pertama, jangan dibuka pintu oven. Kemudian suhu dikurangkan ke 180C dan bakar lagi selama 30-35 minit atau sehingga berwarna keemasan. Boleh ambik sebiji dan dibelah untuk melihat jika ianya telah benar benar kering bagi mengelakkan ianya menjadi kempis ketika sejuk. Tutup oven dan keluarkan loyang.
Cucuk cucuk di bahagian tepi dengan pisau dan jika masih ada yang belum kering, masukkan semula ke dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka. Biarkan pastri benar benar sejuk dan kering di dalam oven. Jika ada bahagian yang masih lembab, boleh dicubit keluar.
Setelah pastri sejuk, pastri dibelah dua dan diisi dengan inti krim putar samada menggunakan sudu atau dipaip dengan piping bag. Untuk mendapat pastri yang rangup, isikan krim putar sebelum dihidangkan.
Pastri bahagian atas diayak dengan sedikit gula ising sebagai hiasan dan letak di atas krim putar. Jika suka pastri yang sedikit lembut, boleh sediakan beberapa jam sebelum dihidangkan, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk.
Nota:
Jika ada lebihan, balut cream puff dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk. Atau masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam freezer sehingga 1 bulan. Sebelum dihidang, defrost dengan dipanaskan dalam oven 180C selama 5-7 minit sebelum dimasukkan cream. Jika telah diletakkan cream, cream puff hendaklah disimpan di dalam peti sejuk selama 2-3 hari. Lebih sedap dimakan pada hari di mana cream diletakkan.
Krim Putar
Bahan bahan:
1 cawan (240 ml) heavy whipping cream atau double cream
1/2 sudu kecil pure vanilla extract
1 1/2 sudu besar gula halus atau secukup rasa
Cara caranya:
Di dalam mangkuk, masukkan whipping cream, vanilla extract dan gula. Kacau sebati. Tutup dengan plastik dan sejukkan mangkuk serta whisk di dalam peti sejuk selama 15 minit. Setelah sejuk, putar sehingga ianya kembang dan kental bertanduk.
Dengan menggunakan piping bag, pipe menggunakan corak yang disukai ke dalam pastri cream puff yang telah dibelah dua. Masukkan ke dalam cawan kertas dan akhir sekali ayak gula ising sebagai hiasan.
Taraaa..... siap....selamat mencuba.
Taraaa..... siap....selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan