Sabtu, 29 Julai 2017

RESEPI KARI KETAM DENGAN NANAS, TUMIS DARAT - VERSI PERIUK NOXXA

Bila masak menu ketam ini bila mendengar ibu nak masak ketam, mesti dah beria-ia dan tak sabar nak makan. Bukan selalu pun dapat menikmati hidangan ini.  Kali ini resepi masak kari ketam menggunakan periuk Noxxa. First time masak ketam guna periuk Noxxa, memang mudah dan cepat. Tetapi versi tumis darat masih dikekalkan.  Perlu ditumis di dalam kuali terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk noxxa.


Bahan-bahannya:

6 ekor ketam (anggaran 11/2 kilo) – seekor dikerat dua bahagian
Nanas masak dikupas, dan dipotong nipis 1/2 bahagian daripada sebiji nanas
1 1/2 kotak santan Ayam brand
2 keping asam gelugor
1 biji tomata - dibelah empat
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Pes (disatukan di dalam blender basah dan dikisar halus):
7 sudu besar rempah kari ikan & udang pedas BABAS
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 cawan air

Bahan-bahan Tumis Darat:
1 sudu besar jintan manis
1 biji bawang besar – dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 tangkai daun kari
Minyak secukupnya


Cara-caranya:

Buang kulit ketam dan kerat hujung kaki-kaki kecil dan ketuk sedikit bahagian penyepit ketam untuk memudahkan isinya dikeluarkan nanti. Gaul dengan beberapa biji limau kasturi dan garam dan perapkan selama 1 minit. Kemudian dibasuh bersih dan toskan.

Masukkan ketam, pes rempah, di dalam inner pot Noxxa. Tambahkan 2 cawan air dan kacau. Set `high pressure' 2 minit, tombol dalam kedudukan high pressure juga.
Selepas dua minit periuk akan berbunyi beep. Putar tombol ke arah steam untuk pelepasan wap. Buka tudung periuk. Kacau rata.

Kemudian masukkan santan dan nanas. Masukkan asam gelugor, perasakan dengan gula dan garam. Kacau rata. Set `stir fry' dan masak sehingga kuah mendidih. Off `stir fry'.
Masukkan buah tomato dan cili hijau dan kacau rata.

Untuk tumis darat, panaskan minyak (anggaran 1 senduk nasi) di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumis darat sehingga kekuningan dan naik bau.
Semasa bahan-bahan tumis masih panas tuangkannya di dalam periuk noxxa tadi.
Tutup periuk untuk mengelakkan hilangnya aroma wangi tumisan.
Kacau atau gaul rata sebelum menghidangkannya.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TENTANG MINAT SAYA

Assalamualaikum w.b.t.....  BUTIR- BUTIR PERIBADI NAMA : AINI ABDUL RAHMAN UMUR  : 32 TAHUN NO MATRIK : 249769  UNIVE...