Puding ini terkenal di negeri Pahang terutamanya di
daerah Pekan kerana asal-usul Puding Raja adalah hidangan pencuci mulut di
dalam istana sahaja.
Keistimewaan Puding Raja ini adalah cara hidangannya yang
sama sekali berbeza dengan puding-puding lain yang kebanyakkannya bahan
campuran telah sebati sebagai satu hidangan. Puding Raja pula dihidangkan
dengan bahan-bahan yang berbeza di dalam satu bekas (analoginya adalah seperti
rojak) iaitu secara berlapisan dalam satu bekas, dimulakan dengan pisang lemak
manis/emas yang digoreng, kemudian jala/urat emas, ditaburkan sedikit buah
prun, buah ceri, biji gajus dan akhirnya dicurahkan kuah kastard. Tumpuan bahan
dalam puding ini adalah pisang, ia hanya menggunakan pisang jenis lemak manis
atau emas sahaja. Jika menggunakan jenis pisang lain, pasti akan berlainan
rasanya.
Bagi anda yang belum pernah menikmati puding ini, maka
saya sarankan agar anda mencubanya untuk pertama kali dan rasanya pasti tidak
mengecewakan.
Malam sebelum saya membuat puding ini, saya awalkan
memasak jala/urat emas dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan
dengan bahan-bahan yang lain. Saya rujuk resepi jala/urat emas di dalam laman
web yang sama untuk resepi Puding Raja dan saya olahkan sedikit kuantiti
bahan-bahan yang digunakan. Saya menggunakan corong daun pisang untuk
menghasilkan uraian halus jala emas itu, tetapi hasilnya adalah uraian yang
pendek-pendek dan tidak berjala panjang. Seterusnya, saya menyediakan kuah
kastard terlebih dahulu kerana hidangan puding ini enak di makan ketika kuahnya
dalam keadaan yang sejuk. Penyediaan kuah kastard tidak serumit jala emas,
tetapi ia hendaklah sentiasa dikacau di atas api yang kecil. Jika tidak kauh
kastard anda akan menjadi berketul-ketul. Setelah siap masak, sejukkan kuah itu
sehingga suhu bilik dan masukkan ia ke dalam peti sejuk bahagian refrigerator
selama beberapa jam sebelum dihidangkan.
Bahan-bahan:
4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit {saya guna 3 sikat sahaja}
1 cawan biji gajus – digoreng
2-3 genggam urat emas/jala emas {resepi boleh dilihat di bawah}
200g buah prun – dipotong empat
Buah ceri merah/hijau
2 sudu besar minyak sapi {untuk mengelakkan pisang daripada melekat}
Minyak untuk menggoreng
Untuk Kuah Puding
1 tin (410 g) susu cair/sejat {saya guna 2 tin susu cair Ideal}
3 biji telur – diambil kuning sahaja {saya guna 5 biji telur kuning Gred B}
Daun pandan – disimpul
Air sebanyak ½ tin susu {Air saya gandakan sebanyak 1 tin susu}
1-2 cawan gula (ikut rasa)
Esen vanila
{Saya menambah 1/4 cawan tepung kastard}
Cara memasak
4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit {saya guna 3 sikat sahaja}
1 cawan biji gajus – digoreng
2-3 genggam urat emas/jala emas {resepi boleh dilihat di bawah}
200g buah prun – dipotong empat
Buah ceri merah/hijau
2 sudu besar minyak sapi {untuk mengelakkan pisang daripada melekat}
Minyak untuk menggoreng
Untuk Kuah Puding
1 tin (410 g) susu cair/sejat {saya guna 2 tin susu cair Ideal}
3 biji telur – diambil kuning sahaja {saya guna 5 biji telur kuning Gred B}
Daun pandan – disimpul
Air sebanyak ½ tin susu {Air saya gandakan sebanyak 1 tin susu}
1-2 cawan gula (ikut rasa)
Esen vanila
{Saya menambah 1/4 cawan tepung kastard}
Cara memasak
- Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
- Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
- Goreng biji gajus. {Saya goreng biji gajus dalam minyak yang sama goreng pisang tadi}
Kuah Puding
- Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
- Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang
- Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
- Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
- Angkat dan tuskan.
- Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
- Hidangkan.
Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan