Laksa Johor adalah laksa yang paling ita suka. Biasalah kan kalau orang Johor mestilah suka laksa Johor. Tahukah anda bahawa laksa Johor boleh di kategorikan sebagai Laksa yang paling mahal dan paling rumit untuk di sediakan berbanding laksa-laksa yang lain. Oleh kerana itu ianya hanya di hidangkan pada hari-hari yang istimewa seperti Hari Raya dan di hidangkan juga pada majlis-majlis tertentu. Laksa Johor jarang kita peroleh di jual di kedai-kedai atau di warong - warong apatah lagi di jual di gerai tepi jalan.
Laksa Johor amat unik kerana menggunakan spaghetti sebagai bahan laksanya dan di makan bersama kuah yang penuh dengan rempah ratus. Kelazatan dan keistimewaan Laksa Johor adalah pada keseimbangan campuran bahan yang di gunakan untuk menghasilkan kuahnya yang menepati citarasa semua bangsa dan lapisan masyarakat di Malaysia dan antarabangsa.
Lazimnya kuah laksa Johor agak pekat, ia berasaskan isi ikan yang di masak bersama rempah ratus terpilih. Menggunakan santan pekat yang bermutu, kerisik kelapa dan juga ramuan-ramuan dan herba terpilih. Resepi asal laksa Johor menggunakan ikan parang. Ikan yang cukup mahal harganya ini di pilih kerana di katakan mempunyai isi yang halus dan cukup enak sekali, ia juga bagi menjaga kualiti keenakan kuah laksa Johor.
Proses memasak kuah laksa Johor mestilah menggunakan api yang kecil dan tempoh memasaknya agak lama. Ini adalah bertujuan supaya kuah ini tahan lama memandangkan ia menggunakan santan dan ia juga supaya semua bahan menyerap rempah ratus dan aromanya.

Selain ia di hidangkan bersama Spaghetti, ia juga turut di sertakan bersama, sambal belacan, ulam-ulaman seperti daun kesum, daun selasih, bunga kantan, kacang panjang, taugeh, timun yang di hiris halus, bawang mentah dan lobak asin.
Laksa Johor merupakan hidangan yang cukup rumit di sediakan, namun hasilnya cukup enak dan lazat tak terkata. Oleh kerana kerumitan itulah Laksa Johor hanya di sajikan pada hari-hari tertentu sahaja dan harganya juga jauh lebih mahal berbanding dengan laksa-laksa lain yang terdapat di Malaysia.

Hari ini ita akan kongsikan resepi Laksa Johor yang merupakan makanan tradisi rakyat Johor dan lambang masyarakat Johor yang cukup teliti dalam penyediaan makanan.
Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa
Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin
Cara cara:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.
Spaghetti:
Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.
Ulam ulam:
Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh.
Sambal belacan:
Cili kering - rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.
Cara menghidang;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan