Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam - potong ikut suka
1 sudu makan asam jawa + 2 cawan air (anggaran)
1/2 inci halia - hiris
Garam
Bahan Kisar Halus:
25 biji cili api
2 inci kunyit segar
2 inci halia
2 batang serai - hiris nipis
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Cara-Caranya:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali/periuk, tumis
halia hiris hingga kekuningan dan garing,
Masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, gaul rata dan masak dalam 3 minit.
Masukkan air asam jawa hingga paras ayam sahaja. Biarkan
mendidih.
Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Biarkan ayam
masak sambil dikacau sesekali hingga kuah pekat dan nampak berminyak.
Tutup api dan hidangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan