Sabtu, 29 Julai 2017

RESEPI STEW KAMBING


Bahan-bahannya:

1 kg kambing
1 tin kecil tomato puri
3 senduk nasi cili kering kisar
2 batang saleri - potong 1 inci
2 biji karot - potong 1 inci pjg
2 biji tomato - belah 4
Cendawan butang dalam tin - belah 2
2 biji kentang
 2 sudu makan serbuk sup ADABI
Air secukupnya
Garam Gula

Bahan Tumbuk Lumat:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar


Cara-caranya:

Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan garing.
Masukkan tomato puri dan air secukupnya.
Masukkan daging kambing. Masak hingga daging empuk.
Masukkan kentang, karot, cendawan. Masak hingga sayur empuk.
Masukkan cendawan, saleri dan tomato.
Masukkan garam dan gula. Rasa biar kuah tu ada masam dan manis sikit.

Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TENTANG MINAT SAYA

Assalamualaikum w.b.t.....  BUTIR- BUTIR PERIBADI NAMA : AINI ABDUL RAHMAN UMUR  : 32 TAHUN NO MATRIK : 249769  UNIVE...