Bila masak menu ketam ini bila mendengar ibu nak masak
ketam, mesti dah beria-ia dan tak sabar nak makan. Bukan selalu pun dapat
menikmati hidangan ini. Kali ini resepi
masak kari ketam menggunakan periuk Noxxa. First time masak ketam guna periuk
Noxxa, memang mudah dan cepat. Tetapi versi tumis darat masih dikekalkan. Perlu ditumis di dalam kuali terlebih dahulu
sebelum dimasukkan ke dalam periuk noxxa.
Bahan-bahannya:
6 ekor ketam (anggaran 11/2 kilo) – seekor dikerat dua
bahagian
Nanas masak dikupas, dan dipotong nipis 1/2 bahagian
daripada sebiji nanas
1 1/2 kotak santan Ayam brand
2 keping asam gelugor
1 biji tomata - dibelah empat
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan Pes (disatukan di dalam blender basah dan
dikisar halus):
7 sudu besar rempah kari ikan & udang pedas BABAS
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 cawan air
Bahan-bahan Tumis Darat:
1 sudu besar jintan manis
1 biji bawang besar – dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 tangkai daun kari
Minyak secukupnya
Cara-caranya:
Buang kulit ketam dan kerat hujung kaki-kaki kecil dan
ketuk sedikit bahagian penyepit ketam untuk memudahkan isinya dikeluarkan
nanti. Gaul dengan beberapa biji limau kasturi dan garam dan perapkan selama 1
minit. Kemudian dibasuh bersih dan toskan.
Masukkan ketam, pes rempah, di dalam inner pot Noxxa.
Tambahkan 2 cawan air dan kacau. Set `high pressure' 2 minit, tombol dalam
kedudukan high pressure juga.
Selepas dua minit periuk akan berbunyi beep. Putar tombol
ke arah steam untuk pelepasan wap. Buka tudung periuk. Kacau rata.
Kemudian masukkan santan dan nanas. Masukkan asam
gelugor, perasakan dengan gula dan garam. Kacau rata. Set `stir fry' dan masak
sehingga kuah mendidih. Off `stir fry'.
Masukkan buah tomato dan cili hijau dan kacau rata.
Untuk tumis darat, panaskan minyak (anggaran 1 senduk
nasi) di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumis darat sehingga kekuningan dan
naik bau.
Semasa bahan-bahan tumis masih panas tuangkannya di dalam
periuk noxxa tadi.
Tutup periuk untuk mengelakkan hilangnya aroma wangi
tumisan.
Kacau atau gaul rata sebelum menghidangkannya.